Monday, January 29, 2018

Pasangan ini berkahwin di dalam tandas kerana ibu sakit

29/1/18
Pasangan Schulz ketika melangsungkan pernikahan di toilet di Freehold, New Jersey (2/1/2018). Pasangan itu terpaksa menikah di toilet setelah ibu Brian Schulz mengeluhkan sesak napas.
Pasangan Schulz ketika melangsungkan perkahwinan di tandas/bathroom di Freehold, New Jersey (2/1/2018). Pasangan itu terpaksa   berbuat begitu     setelah ibu Brian Schulz mengeluhkan sesak nafas.(Mounmouth County Sheriff Office/Facebook/Daily Mirror)
FREEHOLD   - Sebuah perkahwinan di Freehold, new Jersey yang terjadi pada 2 Januari lalu menjadi viral.
Penyebabnya, pasangan tersebut menikah di tandas bangunan mahkamah setelah ibu si pengantin lelaki sakit.

Eyewitness News via Daily Mirror  28/1/2018  melaporkan, awalnya Brian dan Maria Schulz bakal melangsungkan upacara perkahwinan di Bangunan Mahkamah Monmouth County.
Namun, beberapa saat setelah upacara dimulai, ibu Brian mengeluh sesak nafas dipercayai mempunyai penyakit asma.

Petugas mahkamah  yang tanggap segera membawanya ke tandas untuk diberikan pertolongan cemas sambil menunggu kedatangan paramedik.
Kenyataan tersebut membuat pasangan Schulz sedih. Sebab, jika menunda pernikahan itu, mereka terpaksa menunggu selama 45 hari sebelum boleh mengajukan akta perkahwinan baru.

Sedangkan memaksakan upacara perkahwinan juga tidak boleh terjadi, mengingat ibu Brian-lah yang menandatangani surat pernikahan keduanya sehingga dia juga harus hadir ketika upacara.
Couple forced to marry in courthouse toilet after groom's mother collapses

The Schulz’s tied the knot in the bathroom of Mounmouth County Courts in New Jersey Thursday (Picture: Google Maps)
Di tengah kebimbangan itu, muncul solusi agar keduanya menjalankan upacara perkahwinan di tandas/bathroom  tempat ibu Brian sedang  mendapat rawatan pertolongan cemas.
Pasangan itu bersetuju.  Brian dan Maria Schulz kemudian menjalankan   upacara itu di sebelah kertas tisu. Perkahwinan tersebut dipimpin oleh Hakim Kehormatan Katie Gummer.

Sheriff Shaun Golden yang berada di dalam bangunan menyatakan, dia baru pertama kali terlibat dalam upacara perkahwinan yang tidak biasa tersebut.
"Saya hanya boleh mengucapkan selamat kepada kedua mempelai  , dan saya mendoakan ibu mempelai lelaki sentiasa  sihat," tutur Golden.
 Sumber: KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment