(Ubah saiz teks)
BANTING - Cubaan seorang duda menangkap ular sawa membawa padah apabila
dia dibelit ular berkenaan sehingga mati di Jalan Haji Ibrahim, Kampung
Jenjarom, Sungai Jarom, Kuala Langat di sini awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata,
mangsa dikenali Zaim Khalis Kosnan, 35, meninggal dunia di tempat
kejadian selepas dibelit ular sawa sepanjang 3.5 meter itu.
"Ketika melalui Jalan Haji ibrahim untuk pulang ke rumah sekitar jam 3 pagi, mangsa disyaki bertembung ular berkenaan.
"Dia bergegas pulang ke rumahnya bagi mengambil sarung tangan dan sabit kecil," katanya.
Menurutnya, kakak mangsa yang tinggal bersama memaklumkan mangsa telah kembali ke lokasi bagi menangkap reptilia berkenaan.
"Mangsa cuba menangkap haiwan itu namun gagal apabila dia dibelit dan
orang awam yang menyaksikan kejadian itu turut cuba membantu mangsa.
"Ular berkenaan turut mati dibunuh orang awam di lokasi," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa menangkap ular berkenaan dipercayai untuk dijual.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat yang dijangka pada jam 3 petang ini," katanya.
Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)
No comments:
Post a Comment