Sunday, January 28, 2018

Marina: Siti Hasmah digugurkan sebagai penaung persatuan tennis kerusi roda

 | January 28, 2018
Surat memaklumkan pengguguran itu bertarikh 28 Disember 2017 tetapi hanya diserah dengan tangan pada 22 Januari 2018.
Marina-Mahathir-hasmah 
PETALING JAYA: Isteri bekas perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali baru-baru ini digugurkan sebagai penaung Persatuan Tennis Kerusi Roda Malaysia (WTM).

Perkembangan itu diketahui pagi tadi selepas anak perempuanya, Datin Marina Mahathir di Twitter menyebut tentang keputusan persatuan menggugurkan ibunya.

“Kami terima surat daripada mereka baru-baru ini memaklumkan mereka meluluskan resolusi meminta beliau berundur sebagai penaung. Beliau akan akur,” kata Marina kepada FMT.

Sementara itu, seorang pembantu Siti Hasmah memaklumkan surat itu ditulis pada 28 Disember 2017 selepas pihak jawatankuasa meluluskan resolusi itu melalui mesyuarat agung tahunan persatuan.

Bagaimanapun, surat itu mungkin diserahkan dengan tangan pada 22 Januari dan ditunjukkan pada Siti Hasmah keesokan hari, katanya.

No comments:

Post a Comment