Kerana PAS tidak lagi sedari penderitaan rakyat, kata bekas pemimpin PAS dari Kedah itu.
ALOR
STAR: Mahfuz Omar hari ini meninggalkan PAS dengan berkata parti
Islamis itu tidak lagi mempunyai komitmen tinggi terhadap perjuangan
rakyat.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu memberikan beberapa sebab mengapa beliau
akhirnya meninggalkan PAS setelah 34 tahun bersama parti itu.
Mahfuz pada sidang media hari ini memberi contoh keputusan Ahli
Parlimen PAS mengambil sikap berkecuali semasa mengundi apabila Bajet
2018 diluluskan di Dewan Rakyat.
Sikap berkecuali itu menunjukkan PAS tidak sedari penderitaan yang mencengkam hidup rakyat.
“Ia belanjawan yang mengambil pendapatan daripada rakyat, melalui pengurasangan subsidi dan GST.
“Ia sangat malang apabila parti politik seperti PAS tak dapat
zahirkan rasa bersama denyut nadi rakyat,” katanya hari ini semasa
mengumumkan peletakkan keahliannya berkuat kuasa malam ini.
Mahfuz seterusnya berkata rang undang-undang persendirian oleh
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mencadangkan pindaan
ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi meningkatkan
had maksimum hukuman syariah dijadikan “alat untuk kepentingan politik
parti, bukan komitmen tinggi untuk Islam itu sendiri.”
“Atas beberapa perkara ini, saya anggap isu itu, sebagai ahli PAS,
saya dipermainkan. Begitu juga dengan ahli PAS lain, seolah-olah mereka
dipermainkan,” katanya.
Satu lagi contoh, Mahfuz berkata PAS hanya sasar 40 daripada 222
kerusi Parlimen yang menunjukkan parti Islamis itu tidak bersedia untuk
ambil alih pemerintahan negara.
Beliau berkata walaupun PAS berkata mereka mahu bertanding di 130
kerusi Parlimen, ia sia-sia kerana mereka sebenarnya hanya sasar 40
kerusi.
“Sudah tentu kesusahan rakyat akan berterusan selepas PRU akan datang.
“Cukup untuk itu, walaupun saya boleh nyatakan beberapa lagi sebab
lagi, ahli-ahli PAS harus ada ada satu kesimpulan akhir, iaitu zahirkan
sokongan mereka kepada PH pada PRU akan datang,” katanya.
Ditanya perasaannya ketika ini, Mahfuz berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam PAS selama ini.
Mahfuz berkata beliau banyak dipengaruhi oleh bekas presiden PAS Datuk Fadzil Muhammad Noor.
“Pemikiran politik Islam yang dia bawa telah pengaruhi saya. Ramai
kalangan ahli PAS begitu kagum dengan pemikiran dan ilham Fadzil Noor.
“Saya sedih dengan apa yang sedang berlaku dalam PAS, kerana asas
yang dibina oleh Fadzi Noor, iaitu membuka satu lebuhraya politik lebih
luas demi kepentingan Islam, seperti disempitkan hari ini. Kembali ke
jalan lama,” tambahnya.
FMT
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
ReplyDeletepin bb#58ab14f5