Sinar, 23 Januari 2018
BANGKA - Nelayan dan penduduk di daerah Paritiga, Bangka Barat
dikejutkan penemuan ratusan telefon pintar yang terapung di perairan
Teluk Limau.
Ketua Kampung Teluk Limau, Haydir memaklumkan ratusan telefon pintar
pelbagai jenama itu disedari nelayan tempatan ketika melakukan rutin
harian mereka minggu lalu.
"Kalau kelmarin jumlah yang ditemui banyak sekali, lebih seratus unit...ada Xiaomi, Apple, Samsung dan Oppo.
"Gara-gara penemuan ini, jeti Teluk Limau diserbu penduduk setempat
kerana diberitahu telefon pintar terbabit dijual dengan harga yang cukup
murah," katanya.
Tambah Hadir, tiada siapa yang mengetahui pemilik asal telefon pintar
berkenaan, namun khabar angin mengatakan ia hanyut dibawa arus dari
Kepulauan Riau. - Bangka Pos
No comments:
Post a Comment