Tuesday, January 2, 2018

Zaid: Sarawak dan Sabah penentu PRU14?

 | January 2, 2018
Bekas menteri Zaid Ibrahim berkata Malaysia Timur akan berurusan dengan Pakatan Harapan sekiranya gabungan itu menambah bilangan kerusi Parlimen mereka di Semenanjung.
Zaid-Ibrahim_sabah_sarawak_600PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim meramalkan prestasi baik Pakatan Harapan di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan suatu kerjasama terbentuk antara gabungan pembangkang dan parti komponen Barisan Nasional (BN) pada Sabah dan Sarawak.

Bekas menteri di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi itu berkata senario itu mungkin berlaku sekiranya parti komponen PH – DAP, PKR, Amanah dan PPBM – menambah bilangan kerusi mereka di Semenanjung dari 63 kerusi kepada sekurang-kurangnya 95 kerusi.

Beliau berkata demikian selepas pakar strategi berkata BN akan terus menguasai kerajaan persekutuan dengan majoriti kerusi Parlimen di Sabah (21) dan Sarawak (25) atau 46 kerusi daripada 56 kerusi Parlimen.

“Kalau PH menawan lebih banyak kerusi di Semenanjung daripada BN, kiraan saya meunjukkan sekurang-kurangnya 95, tiada sebab Malaysia Timur akan menyebelahi Najib. Mereka akan mahu berurusan.”

“Malah, naiflah kalau merasakan Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad tiada rancangan untuk Malaysia Timur. Kemungkinan besar rancangannya sudah berakar berumbi, dan tumpuan mereka bukan pada Datuk Seri Shafie Apdal sahaja,” katanya Zaid di blog hari ini.

Beliau menambah perkara itu patut menyebabkan menteri dan ahli Parlimen Umno berfikir dua kali.
“Mungkin mereka perlu bersikap lebih terbuka.”
Zaid turut memuji bekas perdana menteri itu kerana menyatukan orang Melayu melalui PPBM.

“Hujahnya mudah: ‘Kami dalam PPBM akan melindungi kepentingan orang Melayu lebih baik daripada Najib’. Hujah itu mudah diterima.
“Tengok apa yang berlaku di Felda, Felcra dan Mara. Tengoklah kehilangan tanah Bumiputera di Johor,” katanya, dan menambah PPBM terbukti menjadi alternatif buat ahli Umno yang tidak berpuas hati.
Zaid, yang menyertai DAP tahun lepas, turut membidas seruan “selamatkan Umno”.

“Pada PRU14, seruan untuk orang Melayu ialah selamatkan Umno, sedangkan isu sebenar ialah bagaimana hendak kita selamatkan kerja mereka, gadai janji mereka dan tanah mereka.”

Tarikh terakhir untuk PRU14 ialah 24 Ogos, iaitu 60 hari daripada 24 Jun, iaitu tarikh di mana Parlimen akan terbubar secara automatik selepas selesai penggal 5 tahun. Najib mempunyai prerogatif untuk membubarkan Parlimen sebelum Jun

2 comments:

  1. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    ReplyDelete
  2. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete