PESHAWAR - PAKISTAN. Pihak berkuasa penjara Pakistan telah memindahkan
doktor yang dipercayai membantu Agensi Risikan Pusat (CIA) memburu
pemimpin al-Qaeda, Osama Laden.
Peguam Dr Shakil Afridi mengesahkan proses pemindahan itu, semalam,
namun beliau tidak pasti di mana lokasi anak guamnya sekarang.
Afridi dituduh sebagai pengkhianat selepas dia didakwa membantu CIA
mendapatkan sampel genetik keluarga Osama yang membuka jalan kepada
operasi rahsia dilancarkan komando elit SEAL Tentera Laut Amerika
Syarikat di bandar Abbottabad pada 2011 yang turut menyebabkan pemimpin
militan itu terbunuh.
Dia ditahan beberapa hari selepas operasi tersebut dilancarkan yang
disifatkan Pakistan sebagai pelanggaran kedaulatan negara itu.
Afridi dijatuhi hukuman penjara 23 tahun selepas disabit bersalah membiayai keganasan.
Pada 2013, hukuman itu ditarik balik, namun dia masih menjalani hukuman untuk kesalahan lain berkaitan keganasan. - Reuters
No comments:
Post a Comment