29/4/18
Kemunculan Nik Omar Nik Abdul Aziz di pusat penamaan calon bagi DUN Chempaka semalam ternyata mengejutkan ramai orang.
Ramai memberi tanggapan sendiri berhubung langkah anak kedua bekas mursyidul am PAS itu bertanding bawah tiket Pakatan Harapan (HARAPAN) - baik positif mahupun negatif.
Ia termasuk selebriti popular Wardina Safiyyah yang menyambut baik langkah Nik Omar itu.
Baginya, penyertaan beliau menambah lagi barisan pemimpin
berkebolehan dalam HARAPAN dan seterusnya menguatkan lagi sokongannya
terhadap gabungan pembangkang itu.
"Dengan ramainya mereka yang berintelek, berwibawa dan ikhlas
berjuang, kepercayaan saya kepada HARAPAN naik lagi seratus
peratus...sebak pun ada.
"Terima kasih ustaz atas keputusan yang tidak mudah ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Hantaran itu dikongsikan pagi ini dan turut disertakan dengan gambar Nik Omar sebagai calon HARAPAN.
Wardina sebelum ini sering berkongsi pandangannya tentang beberapa
calon dalam PRU ke-14, antaranya calon BN bagi Parlimen Pasir Puteh
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan - paling menonjol - calon HARAPAN bagi
Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik.
Dia berharap calon HARAPAN seperti Nik Omar dan Maszlee ini dapat
memberi nasihat kepada pemimpin lain dalam gabungan itu jika melakukan
kesalahan pada masa akan datang.
"Kepada pemimpin HARAPAN, jangan dirobek dan hampakan kami. Pimpinlah
Malaysia seadil, semaju dan sebaiknya untuk semua dan perbaiki
kepincangan sistem dan bebaskan negara daripada tamak haloba dan tipu
daya," katanya.
Tak terima hujah mimpi
Dalam hantaran sama, Wardina juga menegur reaksi penyokong dan pemimpin PAS dalam menanggapi keputusan Nik Omar.
"Mungkin wajar duduk seketika dan bertanya mengapa ia terjadi. Pernah
tanya insan-insan hebat ini...Ada sebab kenapa mereka memilih HARAPAN.
Mereka bukan bodoh dan tiada agama.
"Saya tak boleh terima hujah mimpi," katanya dipercayai merujuk
kenyataan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang rakamannya disebarkan di
media sosial semalam.
Dalam ucapannya selepas penamaan calon, naib presiden PAS itu
menceritakan kembali perbincangannya dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang
tentang calon PAS khususnya di Parlimen Pengkalan Chepa.
Menurutnya, Hadi menceritakan dirinya bermimpi bertemu Nik Aziz yang
hanya memiliki sebelah kaki dan ditolak orang sehingga hampir rebah.
"Hari ini kita nampak (makna) mimpi itu. Orang yang lawan kita datang dari sebelah kaki (Nik Aziz) yang tiada," katanya.
DUN Chempaka yang ditandingi Nik Omar terletak dalam Parlimen Pengkalan Chepa.
"Kita kena jaga Pengkalan Chepa ini macam mana sekalipun, walau orang
yang melawan kita (anggota) keluarga Tok Guru (Nik Aziz), kita letak
sokongan kita pada perjuangan Islam," katanya lagi
hamba pernah bermimpi seorg haji berkaki dua.. tp berlainan.. satu kaki lelaki licin.. satu lagi kaki perempuan gemuk dan pendek.
ReplyDeletemohon ditafsirkan.
Maknanya kaki kau akan dipotong ahlong sbb tak byr hutang. Musuh kau yg gemok pendek yg kau slalu dok ngumpat akan sedekahkan kaki dia pada kau. Khalas. Kahkahkahkahkah
Delete