Sinar Harian, 29 April 2018
MELBOURNE - AUSTRALIA. Ratusan dipindahkan dari sebuah perpustakaan di
pusat bandar Melbourne, semalam selepas bau durian busuk mencetuskan
kebimbangan berlakunya kebocoran gas.
Pasukan bomba turut dikerah ke Institut Teknologi Diraja Melbourne
(RMIT) di Labtrobe Street kira-kira jam 3 petang (waktu tempatan)
selepas bau gas tersebut dikesan di perpustakaan tersebut.
"Pemindahan itu melibatkan kira-kira 500 pelajar dan pensyarah. Puluhan
bomba melakukan pemeriksaan untuk mengesan punca bau itu berikutan
bangunan tersebut diketahui menyimpan bahan kimia berbahaya," kata
jurucakapnya.
Jelasnya, bau misteri itu akhirnya terjawab selepas bomba menemui buah durian yang ditinggalkan dalam sebuah almari.
"Selepas pencarian yang komprehensif, pasukan kami berjaya mengesan bau
gas yang terhasil daripada durian busuk. Ia telah meresap ke dalam
sistem penghawa dingin bangunan tersebut dan menghasilkan bau seperti
gas kimia," ujarnya lagi.
Difahamkan, perpustakaan itu dibuka semula pada jam 6 petang (waktu
tempatan) dan Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar akan menyelia
pembuangan durian tersebut. - CNA
No comments:
Post a Comment