Othman yang juga orang kuat Mukhriz sebelum dipecat daripada jawatan
Menteri Besar Kedah berkata hubungannya dengan Mukhriz masih akrab.
“Dalam politik kita tak sokong individu, kita sokong parti. Ketika
dia bersama dengan kita ketika itu, dia ketua saya, saya kena ikut dia
tapi hari ini dia telah ambil keputusan bersama pembangkang, maka saya
tak sokong dia.
“Dalam perjuangan ini kita perlukan parti yang mendukung usaha kita
untuk sampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kita tak ada masalah
peribadi kerana beliau bersama dengan pembangkang maka terpaksa
bertembung (dalam PRU).
“Kita baik, kita masih bertegur sapa, kita tak ada masalah, secara
peribadi tak ada masalah. Kerana PRU ini kita terpaksa bertanding untuk
kita tegakkan perjuangan parti kita,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Pada PRU12, Mukhriz menang kerusi parlimen Jerlun dengan menewaskan calon PAS Idris Ahmad dengan majoriti 2,205 undi.
Muhkriz memperoleh 19,424 undi manakala Idris pula mendapat 17,219 undi.
Othman pula memenangi kerusi Parlimen Jerlun pada PRU13 dengan
memperolehi 24,161 undi mengalahkan calon PAS yang mendapat sebanyak
20,891 undi. Othman menang dengan majoriti 3,270 undi.
Pada PRU13, Mukhriz bertanding kerusi DUN Ayer Hitam dan menang
kerusi tersebut seterusnya dilantik sebagai menteri besar Kedah sebelum
melepaskan jawatan pada awal 2016 ekoran kemelut politik yang melanda
negeri jelapang padi itu.
Sementara itu Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan I (kerajaan
sementara) berkata beliau akan bertanding secara profesional dan yakin
BN mampu mempertahankan kerusi tersebut pada PRU kali ini.
“Kita serahkan kepada orang Jerlun apa yang kita buat sepanjang lima
tahun lalu. Saya ingat rakyat matang. Kita berjuang berdasarkan track
record, saya yakin rakyat akan pilih BN,” katanya.
No comments:
Post a Comment