Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara
Selasa ini kata anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar kepada Reuters hari ini.
Minggu ini perdana menteri yang baru dilantik Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata semua usaha dilakukan bagi membebaskan Anwar - bekas musuh
ketatnya - secara serta-merta dan memperoleh pengampunan diraja daripada
Yang di-Pertuan Agong.
"Ya," kata Nurul Izzah melalui mesej teks apabila diminta mengesahkan sama ada Anwar akan dibebaskan pada Selasa atau tidak.
Anwar dipenjara pada 2015 atas kesalahan meliwat - satu tuduhan yang
ditegaskan oleh beliau serta penyokongnya sebagai bermotifkan politik. Malaysiakini
No comments:
Post a Comment