KUWAIT CITY - KUWAIT. Kementerian Maklumat Kuwait menggantung tugas
seorang penyampai stesen TV selepas beliau memuji paras rupa rakan
sekerja lelakinya ketika siaran langsung.
Rakaman video yang menjadi tular di Youtube menunjukkan Basma
al-Shammar memanggil rakannya 'mayzoon' yang bermaksud 'kacak dan
menarik' dalam dialek tempatan.
Ketika itu, wartawan terbabit, Nawaf al-Shiraki sedang membetulkan
ghutra yang dipakainya ketika membuat liputan Pilihan Raya Majlis
Perbandaran.
Basma yang mahu memberi isyarat bahawa mereka akan bersiaran langsung
sempat mengusik, "Tak perlu betulkan ghutra kamu. Kamu sudah kelihatan
kacak!".
Tindakan itu dianggap sebagai cubaan 'bermain cinta', namun beberapa pengguna Twitter menganggap ia bukan satu kesalahan besar.
Seorang ahli parlimen turut membuat aduan tentang insiden itu yang didakwa tidak boleh diterima di stesen TV. - Arab News
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete