(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Peguam Datuk Harpal Singh Grewal dan M. Athimulan
menarik diri dari mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Keputusan menarik diri itu dibuat selepas Najib berhasrat menggunakan
khidmat bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan
enam lagi rakan guamnya.
Harpal Singh berkata, mereka tidak dipecat, tetapi menarik diri.
"Kami menarik diri selepas perbincangan pada malam tadi,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Harpal dan Athimulan dikatakan meninggalkan kediaman
peribadi Najib di Jalan Langgak Duta di sini kira-kira jam 10.40 malam
tanpa menjawab sebarang soalan media.
No comments:
Post a Comment