Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum
ini telah menghadap Majlis Raja-Raja Melayu sebanyak dua kali berhubung
RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik, Datuk Seri
Mohd Shukri Abdull berkata mereka akhirnya kecewa dengan hasil pertemuan
berkenaan.
Pertemuan itu berlaku pada tahun 2015, ketika SPRM masih aktif menyiasat akaun Najib.
"Kami dua kali jumpa Majlis Raja-raja, tapi kami hampa," kata Mohd Shukri dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM hari ini.
Tambahnya, SPRM pada masa itu berikrar kepada Majlis Raja-Raja untuk meneliti perkara itu.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment