Pihak polis masih belum selesai mengira wang yang dirampas daripada
tiga unit kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk
Seri Najib Razak di Pavilion Residences, Jumaat lalu.
Pihak berkuasa itu mula mengira wang berkenaan yang disimpan dalam 72
beg bermula sekitar jam 10 pagi tadi dan masih membuat pengiraan
sehingga jam 3.30 petang, lapor Harian Metro.
Berdasarkan laporan tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil Bukit Amanh, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan
perkara berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
Laporan itu menyebut pengiraan dilakukan di Menara 238, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.
"Difahamkan, buat masa ini sebahagian wang terbabit sudah selesai dikira, namun belum sampai 10 beg daripada keseluruhan 72 beg.
"Proses itu dilaporkan mengambil masa yang panjang disebabkan jumlah
wang terlalu banyak termasuklah jumlah pelbagai mata wang asing.
"Selain itu, pihak JSJK juga perlu merekodkan setiap nombor siri
setiap mata wang berkenaan untuk dijadikan bukti dalam proses siasatan
susulan," jelas laporan berkenaan.
Menurut laporan itu, wang yang sudah dikira akan dibawa ke Bukit
Aman, sebelum diserahkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk proses
pengiraan semula
Jumaat lalu, polis menyerbut tiga unit kondominium yang mempunyai
kaitan dengan bekas perdana menteri sebagai sebahagian daripada siasatan
terhadap 1MDB.
Polis merampas 72 beg berisi wang tunai dan barangan kemas bersama 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama mewah
Malaysiakini
Gila kepala kejapppp
ReplyDelete