Pasukan penyiasat dilaporkan menemui sekeping surat yang dirangka
untuk Tan Sri Abdul Gani Patail semasa menggeledah Pejabat Perdana
Menteri (PMO) di Putrajaya.
Kata Malay Mail, surat berkenaan bertarikh 27 Jun 2015, iaitu sehari sebelum Abdul Gani ditamatkan perkhidmatannya sebagai peguam negara.
Portal itu melaporkan surat berkenaan bertajuk: Siasatan mengenai
1MDB serta isu-isu berkaitan kepada YBhg Tan Sri Abdul Gani Patail”.
Surat itu, lapor portal berkenaan, ditemui bersama dokumen lain
berkaitan syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1MDB semasa
pegawai kanan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman
menyerbut tingkat lima PMO tersebut.
Bagaimanpaun laporan Malay Mail itu tidak mendedahkan siapakah penulis surat berkenaan, atau kandungannya.
Cuma surat itu didakwa boleh memberi bayangan mengenai penamatan tugas Abdul Gani secara mengejut pada waktu itu.
Selepas Abdul Gani jawatan peguam negara disandang Tan Sri Mohamed
Apandi Ali yang selepas itu menyatakan Datuk Seri Najib Razak tidak
melakukan sebarang kesalahan atau penyelewengan.
Lapor Malay Mail, dokumen lain yang dirampas penyiasat dari
Bukit Aman itu termasuk dokumen 13 perkara berkaitan kes 1MDB bertarikh
Julai 2015, serta dokumen tidak bertarikh bertajuk: Tiga kebimbangan
mengenai 1MDB.
Dokumen itu dikatakan ditemui dalam kabinet beni berkunci dalam
sebuah bilik yang digunakan bekas ketua setiausaha sulit Najib, Iskandar
Mohd Kaus.
Serbuan itu dijalankan ekoran laporan polis dibuat di Balai Polis
Dang Wangi pada Rabu. Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 409
Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan pecah amanah oleh kakitangan awam.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment