Sinar Harian 23 Jun 2018
PATNA - INDIA. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut
ditembak di kepala selepas menceroboh sebuah kebun mangga di wilayah
Bihar, India.
Kejadian berlaku di Khagaria Khamis lalu dan pemilik kebun tersebut dilaporkan telah melarikan diri sejurus selepas kejadian,
"Mangsa sedang bermain di kampung Shergarh dan dilaporkan masuk ke kebun itu untuk memetik mangga.
"Tertuduh gagal mengawal kemarahan dan menembak mangsa di kepala.
"Suspek sedang diburu dan kes ini telah didaftarkan di mahkamah," kata polis. - NDTV
Kat Malaysia pulak nasib naik tak kena tembak pasal ambik coklat...
ReplyDelete