Mesyuarat dan Pemilihan Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dicemari
dengan insiden pergaduhan antara beberapa anggota Puteri dan Wanita Umno
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.
Kekecohan berlaku ketika proses pengiraan undi sedang berjalan.
Ia dipercayai bermula apabila ada individu secara tiba-tiba meludah salah seorang perwakilan yang hadir dalam majlis tersebut.
Pergaduhan itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum berjaya dileraikan.
Menurut seorang perwakilan, kejadian berlaku apabila pintu bilik pengiraan undi tiba-tiba ditutup.
Katanya timbul rasa tidak puas hati beberapa pihak sehingga berlaku provokasi yang menyebabkan keadaan bertukar kecoh.
"Saya pelik kenapa pintu bilik undi tiba-tiba ditutup? Seharusnya ia
dibuka bagi kesemua orang dapat melihat proses itu dijalankan secara
telus,” katanya.
Seramai 74 perwakilan hadir ke mesyuarat dan pemilihan Puteri bahagian tersebut.
- Bernama
Kes berebut punai dan dedak!
ReplyDelete