RAJASTHAN - INDIA. Seorang wanita di India terpaksa menanggung
kesakitan apabila bibir, muka dan beberapa bahagian badannya melecur
akibat dicucuh besi panas oleh seorang bomoh, kononnya bagi tujuan
menghalau roh jahat.
Jatha Devi, 25, dari Rajashtan pada mulanya dibawa menjalani rawatan di
hospital kerajaan oleh suaminya, Kishan Jat, setelah beberapa hari
berasa tidak sihat.
Namun, kesihatan Devi yang semakin merosot membuatkan ahli keluarga
yang lain percaya terdapat roh jahat yang menghuni tubuh wanita
berkenaan.
Ibu bapa Devi, Bhanwar Lal dan Sanjini Devi, akhirnya membuat keputusan
membawa Devi berubat dengan seorang bomoh bernama Jairam Bhat.
Bomoh tersebut meyakinkan keluarga Devi bahawa cara untuk menghalau roh
jahat tersebut adalah dengan menekap besi panas ke bahagian badan
tertentu.
Hasil 'rawatan' tersebut, Devi mengalami luka lecur dan keadaannya menjadi semakin teruk.
Suaminya yang bimbang melihat keadaan Devi menghantarnya ke hospital
lalu membuat laporan polis terhadap bomoh tersebut yang kemudiannya
ditahan kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.
Menurut Dr Daljeet Singh Ranawat, pakar perunding psikiatri di Hospital
Bangar, Devi sebenarnya menderita psikosis akut, keadaan di mana
pesakit mengalami halusinasi, kesukaran bertutur, keresahan, kekeliruan
dan insomnia.
"Luka Devi sedang dirawat dan kami juga telah memulakan rawatan bagi penyakitnya," kata Ranawat.- Dailymail
No comments:
Post a Comment