Sinar Harian, 24 Jun 2018
TUEN MUN - HONG KONG. Seorang bekas pelajar kejururawatan di Hong Kong
tergamak menikam kedua ibu bapanya hingga mati sebelum membunuh diri
gara-gara penyakit ekzema yang dihidapinya.
Pang Ching-yu, 23, menyalahkan ibu bapanya kerana ‘menurunkan’ penyakit
ekzema yang teruk kepadanya dan menganggap lebih baik mati daripada
terus hidup dengan penyakit itu.
“Penghidap ekzema yang melahirkan anak lebih teruk daripada orang
miskin yang beranak. Kalau miskin kita boleh ubah kehidupan dengan
bekerja keras. Tapi jika ekzema, memang terpaksa menanggung seksa
sepanjang hayat,”tulis Ching-yu dalam sebuah blog.
Mayat Ching-yu ditemui dengan kepalanya ditutup beg plastik yang
dihubungkan paip disalurkan pada kanister gas helium, manakala mayat ibu
bapanya, masing-masing berusia 56 serta 60 tahun, ditemui dengan kesan
tikaman.
“Kami menemui nota ditinggalkan wanita itu dalam bilik tidurnya,
manakala pisau berukuran 30 sentimeter yang berlumuran darah ditemui di
dapur.
“Memang dia menganggap lebih baik mati daripada menderita penyakit
itu," kata Penolong Komander Polis Daerah Tuen Mun, Yan Fong-wai kepada
South China Morning Post. - NDTV
No comments:
Post a Comment