(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Umno dinilai lebih baik bekerjasama dengan Pakatan Harapan berbanding bersama Pas.
Memetik laporan The Malaymail, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri
Mohamed Nazri Aziz berkata, ini kerana Umno-BN merupakan parti berbilang
kaum dan tidak sesuai hanya berjuang menegakkan agama Islam
semata-mata.
"Pada saya, saya akan memilih bekerjasama dengan DAP atau PKR. Saya bukan seorang yang Islamik," katanya.
Bekas menteri perlancongan itu berkata, secara peribadi beliau tidak
mempercayai bahawa parti yang berteraskan Islam mempunyai masa depan
yang cerah di Malaysia jika dilihat pada keadaan semasa.
"Saya bukan seorang yang Islamik. Politik berteraskan agama adalah di luar fikiran saya. Saya menentang parti seperti itu.
"Sebagai rakyat Malaysia, DNA kita adalah berbilang bangsa. Jadi parti
berteraskan agama bukan caranya. Saya tidak bersetuju dengan Pas,"
katanya.
Sebelum PRU14 lalu, Umno dan Pas bekerjasama atas semangat kepentingan Islam dan Melayu.
Bagaimanapun selepas kekalahan BN dalam PRU14 lalu, Pas dilihat tidak
memberikan kerjasama bagi pembentukan kerajaan yang tergantung di Kedah
dan Perak kerana tiada pihak berjaya mendapat majoriti mudah.
Di Kedah, 18 kerusi Dun dimenangi Pakatan Harapan, Pas 15 dan baki tiga
lagi oleh BN, manakala Perak yang mempunyai 59 kerusi Dun memyaksikan
Harapan menguasai 29 kerusi, BN (27) dan Pas (tiga).
Kau diam la..lg bnyk ko brckp lg nk loya ank tekak
ReplyDelete