Sinar Harian
SINGAPURA - Seorang pembantu rumah dari India berdepan hukuman penjara
selepas dia didakwa mencabul anak lelaki majikannya yang berusia 11
tahun.
Serangan seksual itu didakwa berlaku antara Januari 2016 sehingga Mei tahun sama.
Tertuduh berdepan empat tuduhan eksploitasi seksual di bawa Akta
Kanak-Kanak dan Remaja, dan satu tuduhan di bawah Akta Perlindungan dari
Gangguan kerana mengugut mangsa.
Identiti tertuduh dan mangsa dirahsiakan oleh mahkamah.
Menurut dokumen mahkamah, tertuduh mencium mangsa di bibir antara Januari dan Februari 2016.
Pada satu ketika, tertuduh meminta mangsa meraba buah dadanya dan
tertuduh semakin berani apabila meminta mangsa memicit putingnya pada
April 2016.
Sebulan kemudian, tertuduh menyentuh alat sulit mangsa.
Pada penghujung 2016, tertuduh mengugut mangsa untuk menyebarkan klip
video aktiviti seksual mereka. Ugutan itu menyebabkan mangsa
kebimbangan.
Dalam kenyataan terbuka, Timbalan Pendakwa Raya Chee Ee Ling berkata,
pihak pendakwaan akan memanggil tujuh saksi termasuk mangsa dan ahli
keluarganya.
Pendengaran kes dilakukan secara tertutup semalam dan perbicaraan berlangsung hari ini. - CNA
No comments:
Post a Comment