Malaysia Gezette
BANGKOK- Lawatan ke Moscow untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2018 menanti 12 pemain remaja dan jurulatih mereka dari Thailand yang terperangkap di dalam gua di Chiang Rai, utara Thailand, jika mereka keluar dengan selamat dan berada dalam keadaan sihat untuk melakukan perjalanan.
Jemputan itu disampaikan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino melalui surat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Jeneral Somyot Poonpanmoung, semalam.
Salinan surat itu disiarkan dalam Facebook FAT.
“Kami berharap, mereka dapat disatukan semula dengan keluarga masing-masing pada hari-hari yang akan datang dan tahap kesihatan mereka membolehkan mereka melakukan perjalanan, FIFA gembira untuk menjemput mereka sebagai tetamu kami untuk menyaksikan final Piala Dunia 2018 di Moscow,” demikian menurut Infantino dalam surat tersebut.
Beliau berharap pemain berusia antara 11 dan 16 tahun dan jurulatih berusia 25 tahun daripada Akademi Bola Sepak ‘Wild Boar’ (Mu Pa) dapat menyertai FIFA di perlawanan akhir yang ‘pastinya menjadi detik persahabatan dan sambutan yang indah’.
Final Piala Dunia 2018 akan berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow pada 15 Julai ini.
Kumpulan remaja itu dan jurulatih mereka terperangkap di dalam gua Tham Luang yang dinaiki air di Chiang Rai sejak 23 Jun.
Selepas hilang selama sembilan, pasukan penyelamat berjaya menemukan mereka Isnin lalu,
Bagaimanapun, anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini mengejar masa untuk membawa keluar mangsa berikutan penyelam perlu mengambil masa antara 11 hingga 12 jam untuk menyelam dalam keadaan berbahaya untuk sampai kepada mangsa yang terperangkap.
Infantino, dalam suratnya kepada FAT, berkata FIFA dengan cemas mengikuti berita operasi SAR dan lega mendengar khabar bahawa kumpulan pemain dan jurulatih itu berjaya ditemukan oleh pasukan penyelamat.
Beliau juga melahirkan rasa simpati yang mendalam dan sokongan FIFA kepada keluarga mangsa serta perpaduan rakyat Thailand bagi menghadapi masa yang penuh cabaran ini.-BERNAMA

No comments:
Post a Comment