Mujahid berkata sebagai 'orang lama', Zainuddin perlu melihat sumbangan para huffaz.
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid
Yusof Rawa hari ini menolak cadangan bekas menteri penerangan Tan Sri
Zainuddin Maidin agar menutup semua sekolah tahfiz yang didakwanga tidak
memberi masa depan kepada generasi baru umat Islam.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu sebaliknya berkata, Zainudin yang
merupakan “orang lama” sepatutnya membuat “homework” dan melihat
sumbangan para huffaz.
“Ada para hafiz yang menjadi imam dan pada waktu yang sama berkarier.
Darul Quran Jakim itu sebenarnya untuk melahirkan orang yang bukan
sahaja huffaz tapi juga profesional,” katanya ketika dihubungi FMT hari
ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai cadangan Zainudin agar
beliau menutup semua sekolah tahfiz yang didakwanya tidak memberi masa
depan kepada generasi baru umat Islam.
Beliau yang juga dikenali sebagai Zam berharap Mujahid berani dan
tegas membawa umat Islam kepada realiti dan keperluan kepada sikap
dinamik serta menolak “kearaban” sebagai keislaman.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata, maahad tahfiz juga akan dirangka
dengan dasar progresif dari segi imej dan penghasilkan pelajar mereka.
“Tetapi para pengendali maahad tahfiz janganlah main buat suka-suka
hati, sedangkan soal keselamatan, kurikulum tidak diambil berat,”
katanya.
Mujahid berkata, penambaikkan membabitkan tahfiz tidak memerlukan sekolah berkenaan ditutup.
“Sebab tak masuk akal kerana banyak sekolah yang melahirkan para huffaz dan pelajar yang cemerlang.
“Perkara itu bermanfaat kepada umat Islam. Oleh itu apa yang patut
dibuat khususnya oleh Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama
ialah memperbaiki dari sudut kawal selia.
“Kawal selia itu maksudnya sekolah tahfiz ini perlu berdaftar dan
tidak boleh dibuat secara terasing daripada sistem pendidikan yang
ditetapkan.
“Apabila dia berdaftar, kita bertanggjungjawab untuk memastikan
perjalanannya, kawal selia, keselamatan dan lebih penting ialah masa
depan anak-anak itu,” katanya.
FMT
No comments:
Post a Comment