Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ditangkap Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari kediaman peribadinya di Jalan
Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan perkara itu kepada media.
Kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan tangkapan itu dibuat pukul 2.35 petang tadi.
Tangkapan itu berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.
Najib telah dua kali dipanggil SPRM memberi kenyataan berhubung skandal itu sebelum ini.
Pasukan Petugas Khas 1MDB turut memaklumkan Najib akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment