Pejabat Peguam Negara hari ini menjelaskan bahawa tarikh perbicaraan
bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan salah
guna kuasa dan pecah amanah belum ditentukan, sekali gus menafikan
laporan media semalam.
Dalam kenyataan media, Pejabat Peguam Negara berkata Mahkamah Tinggi
hanya memberi gambaran, berdasarkan jadual hakim dan tarikh yang
mempunyai kekosongan untuk perbicaraan.
"Mahkamah Tinggi sudah menjelaskan bahawa tarikh perbicaraan hanya
akan ditentukan selepas kes itu disebutkan di mahkamah pada 8 Ogos.
"Tarikh perbicaraan bagi kes rumit seperti ini jarang ditetapkan pada
hari pendakwaan yang merupakan penampilan pertama pihak yang terlibat
di mahkamah dan pasukan pendakwaan tidak dijangka untuk menyediakan
dokumen pada hari itu," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menambah bahawa dokumen berkaitan hanya akan dikemukakan sebelum permulaan perbicaraan.
"Pasukan pendakwa mahu memohon kepada Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos
nanti agar tarikh perbicaraan ditetapkan November tahun ini," katanya.
Pejabat Peguam Negara juga menekankan perintah tegah yang dikeluarkan
kes itu hanya bersifat sementara dan pasukan pendakwa berhasrat
membantahnya.
"Permohonan bertulis formal daripada pihak pembelaan, menyokong
afidavit yang menyatakan perintah tegah itu dan pelanjutannya ditentukan
bagi perbicaraan pada 8 Ogos. Pasukan pendakwaan akan membantah
permohonan itu," katanya.
No comments:
Post a Comment