Friday, August 17, 2018

Askar lelaki Vietnam guna tuala wanita dipuji netizen

 | August 17, 2018
Askar-askar ini mengakui ia menyerap peluh kaki dengan baik, elak bau kaki yang busuk serta pertumbuhan bakteria.
Siapa sangka, tuala wanita ini amat berguna kepada lelaki, 
khususnya askar yang sepatutnya dilihat lebih ‘macho’ bertempur di sempadan negara.

Bagaimanapun perlakuan ini bukan sahaja menjadi viral di laman sosial, malah askar muda ini dipuji kerana bijak menggunakan produk yang selama ini dianggap hanya untuk wanita.

Satu laman Facebook berbahasa Cina, Yu Xuan Fan Group (@Yuxuan.fc) berkongsi beberapa gambar foto imej askar Vietnam yang menggunakan tuala wanita sebagai pengalas but mereka pada Ahad lalu.

Posting dengan kepsyen, “Selain wanita, lelaki juga sedari kepentingannya”, menerima pelbagai reaksi dengan hampir 3,000 perkongsian.
Gambar foto itu menunjukkan askar-askar tersebut menempatkan beberapa tuala wanita di dalam kasut but untuk keselesaan dan kebersihan.
Mereka akui ia menyerap peluh kaki dengan baik, elak bau kaki yang busuk serta pertumbuhan bakteria.

Netizen yang memuji kebijakan askar ini berkata walaupun kelihatan luar biasa tetapi perlakuan ini sebenarnya sesuatu yang sangat lazim dilakukan oleh askar-askar lelaki di Asia.
Menurut satu laporan The Independent, seorang usahawan muda di China pernah menjadi terkenal selepas membungkus semula tuala wanita dan menghantar bungkusan baru kepada askar-askar yang berkhidmat ke Chongqing supaya mereka boleh membelinya tanpa rasa malu.

No comments:

Post a Comment