Friday, August 17, 2018

Bapa muat naik video ugut cederakan anak

Sinar Harian
Bapa muat naik video ugut cederakan anak
(Ubah saiz teks)
KLANG - Perbuatan seorang bapa berusia 42 tahun yang memuat naik video berunsur ugutan di laman sosial untuk mencederakan anaknya sendiri mengundang padah selepas ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara itu.

Menurutnya, pengadu yang juga pentadbir sosial media NGO dikatakan telah menerima mesej peribadi video ugutan itu melalui akaun Facebooknya.
“Bimbang dengan keselamatan kanak-kanak ini, pengadu membuat laporan polis pada jam 12.30 tengahari semalam,” katanya.
Mazelan berkata, berdasarkan video tersebut, suspek menggunakan nama ‘Fu Shou’ di Facebook dengan menaikkan status ‘-20/8/2018 - I am the devil’ dalam bahasa Mandarin.

Katanya, selain itu, suspek juga memuat naik satu rakaman video dengan mengeluarkan kenyataan dipercayai berunsur ugutan bahawa akan berlaku sesuatu kepada kanak-kanak berkenaan pada 20 Ogos ini.

Susulan laporan polis yang dibuat pengadu, polis telah menahan suspek pada 8.30 malam tadi di Pelangi Height Bandar Baru Klang.
“Suspek dipercayai seorang penganggur dan akan direman bagi membantu siasatan,” katanya

No comments:

Post a Comment