Malaysiakini
Kerajaan membatalkan semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang belum berbayar.
Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata,
operasi kamera dan saman AES akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September depan, dan ia akan
dikuatkuasakan dengan tegas dan tiada lagi diskaun.
Katanya, langkah itu dilaksanakan selepas kerajaan memutuskan untuk
tidak menyambung kontrak dua syarikat konsesi pemgendali sistem AES yang
tamat pada 31 Ogos ini.
"Kerajaan telah 'berkorban' untuk tidak mengutip saman AES ini maka
semua saman AES setakat ini yang masih belum dibayar oleh orang ramai
telah dibatalkan.
"Jumlah saman adalah sebanyak 3.1 juta. Dengan setiap saman AES
adalah RM150, maka semua jumlah adalah RM435 juta," katanya selepas
menyempurnakan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kementerian Pengangkutan di
Putrajaya hari ini.
No comments:
Post a Comment