Thursday, November 15, 2018

Dr Wan Azizah: Terima kasih KJ amal politik matang


TimbalanPerdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan terima kasih kepada wakil rakyat Umno, Khairy Jamaluddin kerana mempertahankan dirinya.

Ini selepas anggota parlimen Rembau itu mengkritik tajuk berita laporan Star Online mengenai perkahwinan kanak-kanak yang didakwanya tidak berlaku adil kepada Wan Azizah.
"Terima kasih atas budaya politik matang yang diamalkan dan juga highlight isu ini kepada public. 

"Saya tetap teguh dengan pendirian untuk mempertahankan masa depan kanak-kanak dalam isu child marriage ini, insy-Allah,” kata Wan Azizah yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat pada hantaran di Twitter.

Terdahulu, Khairy membuat ciapan Twitter menegur judul berita: “Malaysia to allow child marriages to go on, but tighter enforcement.”

Penguatkuasaan ketat sebelum pinda undang-undang
Bekas ketua pemudan Umno itu berkata tajuk berita itu tidak mencerminkan jawapan Wan Azizah terhadap soalannya di Dewan Rakyat pagi ini.
"Judul ini mengelirukan dan tidak adil kepada TPM yang menjawab soalan saya pagi ini di parlimen.

"Beliau jelas berkata Malaysia sedang bergerak untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak. Sehinggalah undang-undang tersebut dapat dipinda, maka penguatkuasaan ketat peraturan sedia ada akan dilaksanakan," katanya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh juga menyambut baik maklum balas Khairy, yang turut dikenali sebagai KJ itu.
"Terima kasih. Media Malaysia perlu lebih teliti dalam memahami isu-isu dan lebih beretika dalam melaporkan judul berita.

"Saya cukup kecewa. Rakyat Malaysia tolonglah membaca melangkaui tajuk berita," ciap beliau di Twitter
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment