Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin hari ini
membidas peguam Shafee Abdullah yang mempertikai dakwaan ketua audit
negara bahawa jabatan itu dipaksa meminda laporan akhir pengauditan
1MDB.
Beliau berkata Shafee harus "cermin muka sendiri" sendiri apabila berkata pendedahan Dr Madinah Mohamad itu bermotifkan politik.
"Dia sendiri, Shafee ni banyak cakap politik, dalam court pun banyak cakap politik. So kalau dia banyak cakap politik, tak payah tegur orang lain cakap soal politik.
"Saya
tak ada masalah dia cakap soal undang-undang. Dia kritik orang
berpolitik, dia sendiri kena cermin diri dia sendirilah. Bersih ke dari statement-statement politik?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.
Beliau
turut memberi contoh dalam kes liwat membabitkan Presiden PKR, Anwar
Ibrahim, Shafee yang merupakan pendakwa raya khas mengadakan siri
jelajah di seluruh negara bagi menjelaskan kes itu.
Hanipa
mengulas kenyataan Shafee semalam bahawa pendedahan Madinah bukan sahaja
“pramatang” dan “bertentangan proses undang-undang sewajarnya”, tetapi
juga bermotifkan politik terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak.

Shafee merupakan peguam Najib yang didakwa memberi arahan agar laporan itu dipinda ketika menjawat jawatan perdana menteri.
'Mungkin PAS, Umno nanti yang minta Icerd'
Sementara
itu, Hanipa juga ditanya sama ada kerajaan akan meratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
(Icerd) pada masa akan datang.
Hanipa
berkata, dari perspektif undang-undang, mana-mana negara masih boleh
meratifikasi konvensyen antarabangsa walaupun setelah menolaknya sebelum
ini.
Bagaimanapun, Hanipa menegaskan beliau hanya bercakap
mengenai perspektif undang-undang dan tidak semestinya kerajaan akan
bertindak sedemikian.
"Dari segi itu tak ada mana-mana negara yang dihalang, kecuali buat keputusan ia langsung tak terima Icerd. Itu lain.
"Saya cakap dari segi perundangan, jangan nanti you kata ini menunjukkan kerajaan akan ratifikasi (Icerd).
"Mana-mana
negara, bukan Malaysia saja ia begitu, tak ada satu halangan. Mungkin
keadaan akan berubah pada masa akan datang. Mungkin PAS dan Umno (nanti)
yang minta supaya diratifikasi Icerd," katanya
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment