
KUALA LUMPUR: Kumpulan veteran tentera berkata, tiada sebab untuk
meneruskan himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), selepas Putrajaya
memutuskan tidak akan mengesahkan triti global itu semalam.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Datuk Mohamed Arshad
Raji berkata, penganjur bertegas meneruskan himpunan itu, tetapi kini
untuk meraikan keputusan kerajaan tidak menerima ICERD adalah “tidak
rasional dan tidak masuk akal”.
Beliau berkata, pihaknya mahukan keamanan dan sebarang tindakan serta
kenyataan berbaur perkauman atau provokasi tidak boleh diterima.
Beliau memuji polis yang akan menyiasat pihak membuat ucapan
dianggap berunsur provikasi dan ini akan menjadi amaran kepada orang
lain tidak berbuat demikian.
“Kami percaya mereka yang membuat ucapan dan kenyataan kebencian yang
tidak dikehendaki itu, tidak pernah melihat atau hidup dalam ketakutan
ketika tempoh kegelapan dalam sejarah negara, iaitu rusuhan kaum pada 13
Mei 1969.
“Kebanyakan kami yang pernah melalui tempoh gelap itu tidak mahu
menjadi menyaksikan kemusnahan dahsyat serta mayat dibakar
bergelimpangan di jalan Kuala Lumpur lagi.
“Kami, ahli Patriot yang berkhidmat dengan angkatan tentera dan
pasukan polis ketika tempoh getir dalam sejarah negara kita, adalah
saksi kepada keadaan mengerikan itu.
“Atas sebab ini, kami menggesa penganjur himpunan anti-ICERD pada 8
Disember ini, yang pada dasarnya perhimpunan berasaskan Melayu, tidak
meneruskan acara itu.”
Katanya, khabar angin disebarkan di media sosial “rusuhan akan berlaku disebabkan himpunan 8 Disember itu”.
“Disebabkan penganjur bertegas meneruskan himpunan itu, ditambah
ketakutan orang ramai terhadap kemungkinan berlaku rusuhan akibat
himpunan itu, Patriot menggesa ketua pasukan pertahanan tampil dengan
pengumuman angkatan tentera akan menyokong polis, jika berlaku kejadian
tidak diingini ketika himpunan itu.
“Pengumuman sedemikian akan memberi keyakinan kepada orang ramai yang keselamatan mereka dan negara terjamin.”
Umno dan PAS cari peluang utk survival parti masing2 bukan sangat dgn isu Icerd ...Cari peluang berhimpun dgn bakar sentimen Melayu dan agama untuk tunjukkan ia masih terima sokongan Melayu....
ReplyDelete