Presiden Umno Zahid Hamidi mengumpamakan pemimpin utama PKR
Anwar Ibrahim sebagai "hantu raya" dari Port Dickson yang akan
"mengaruk" jika tidak dapat menjadi perdana menteri.
"Rakyat akan
bangun, tidak perlu tunggu hingga pilihan raya umum akan datang. ‘Hantu
raya’ yang menang (Parlimen) Port Dickson itu dijanjikan dua tahun, enam
bulan sudah berlalu.
“Kita tengok setahun setengah lagi. Kalau hantu raya itu tidak dapat (jadi perdana menteri), pasti dia mengaruk.
“Saya tahu, dulu kawan saya,” kata Zahid, lapor media tempatan.
Beliau dipetik The Malaysian Insight (TMI) berkata demikian pada mesyuarat Umno Melaka di Kampung Bertam Hulu hari ini.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah berjanji menyebut Anwar sebagai penggantinya.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan tempoh bagi penyerahan kuasa itu.
Anwar
berkata beliau tidak mahu mendesak Mahathir dalam hal itu dan mahu
memberikan perdana menteri ruang sepenuhnya bagi beliau menumpukan
tenaga untuk memulihkan negara.
Nakhoda terus terajui kapal
Sementara
itu, Zahid dalam ucapannya berkata keputusan untuk beliau tidak bercuti
sebagai presiden adalah yang terbaik buat Umno.
"“Pastikan nakhoda terus bawa kapal ini. Ini nakhoda baru kena sikit dah minta bercuti.
“Jika
saya bercuti, tidak mustahil selepas itu timbalan presiden yang
memangku pun diminta cuti. Apa akan jadi sekiranya semua cuti?” Soal
Zahid, petik laporan TMI.
Gesaan Zahid bercuti susulan
beliau dikenakan 45 pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang
haram dan menerima suapan di mahkamah pada bulan lalu.
Malaysiakini
Hahahaha.. Mcm tu pun jadilah wak.. Janji ada bckp kan. Nantikn org kata presiden peti sejuk
ReplyDeletebankami.blogspot.com
Apabila wak kelentong beekata2 maka yang keluar hanya bau2 sampah taik dan kebusukan hatinya yang kaulu.
ReplyDeleteklu yg mp pd kau pangil hantu raya, apa pulak kaki klemtong dan curi wang takyat anak beranak.. kata orang jawa ponoroga kot" toyul"... toyol kuntilanak" toyol anak beranak kot.. saja komen2.. jgn marah wak, marak aku anto balik jawa tau..
ReplyDelete