Perbuatan menjerit, menengking atau mengherdik adalah
tindakan spontan ibu bapa ketika berdepan dengan ragam anak-anak.
Namun jika anda memiliki anak yang masih kecil, jangan terlalu kerap
menengking. Ini kerana tindakan itu bukan sahaja memberi kesan jangka
pendek malah berisiko terhadap pertumbuhan kanak-kanak itu selain
memusnahkan sel-sel otak.
FMT Ohsem memetik laporan Daily Mail menyenarai kesan anak-anak yang sering diherdik oleh ibu bapa atau penjaganya.
1) Anak akan memberontak
Untuk kali pertama dimarahi mungkin wujud perasaan takut tapi apabila
ia dilakukan secara kerap, anak akan lali dan melawan balik sebagai
tanda mempertahankan perbuatannya.
Jika ia berterusan anak cenderung membesar dengan personaliti degil
dan pentingkan diri sendiri. Mereka juga berkemungkinan mengalami
tekanan hidup kerana sukar memahami pola masalah yang dihadapi.
2) Merosakkan sel otak
Ramai ibu bapa yang sering mengugut dan menengking anak yang tidak
menurut perintah boleh menyebabkan kerosakan sel-sel otak dengan
serta-merta pada anak.
Kajian oleh Lise Gliot mendapati suara kuat daripada ibu bapa boleh
mempengaruhi sel-sel otak anak dalam proses pertumbuhan secara negatif.
Keadaan ini membuatkan anak-anak menjadi lambat dalam bertindak terutamanya dalam proses pembelajaran.
2) Berisiko lemah jantung
Anak yang sering ditengking atau diherdik oleh ibu bapa berisiko mempunyai penyakit lemah jantung dan gangguan pendengaran.
Herdikan yang kerap kali didengari dan berlaku tanpa henti boleh mengakibatkan denyutan jantung lebih laju daripada normal.
Setiap kali anak mendengar suara anda ia menyebabkan jantung berdegup lebih laju dan mudah lemah dalam jangka panjang.
Dr. Gondeliva Maria dari Universiti Gajah Mada, Yogyakarta
menjelaskan denyutan nadi seseorang berubah-ubah bergantung kepada suara
yang didengari.
3) Anak ulangi sikap pemarah
Ibu bapa adalah contoh pertama kepada anak-anak, sekiranya
persekitaran anak sentiasa dikelilingi tengkingan dan herdikan, anak
juga berpotensi meniru perbuatan tersebut kerana menganggap itu adalah
perbuatan biasa yang dilalui setiap hari.
Anak berpotensi besar untuk menjerit-jerit dan berkelakuan kasar dalam pergaulannya.
4) Anak jadi penakut dan tidak bertanggungjawab
Apabila sentiasa dimarahi, anak akan menjadi penakut dan memilih
untuk mendiamkan diri kerana merasakan setiap perbuatan yang dilakukan
adalah salah. Ini sekali gus menjadikannya kurang keyakinan diri dan
tidak bertanggunjawab.
Mereka ini apabila besar sukar untuk bersosial dan sering merasakan rendah diri di hadapan orang di sekeliling.
5) Tiada kepercayaan diri
Anak yang sering dimarahi akan merasakan hilang kepercayaan pada orang di sekeliling mereka.
Fenomena sering dimarah ibu bapa ini akan terbawa-bawa sehinggakan
anak juga cenderung memarahi orang sekekiling sebagai ‘balasan’ di atas
perbuatan orang tuanya.
Oleh itu, jangan terlalu kerap memarahi anak sebaliknya tegurlah
secara diplomasi dan dengan penuh kasih sayang. Elak membunuh
personaliti anak dengan herdikan yang boleh membinasakan masa depan
mereka. Ibu bapa wajar menyediakan zaman kecil anak-anak yang indah dan
penuh keseronokan.

No comments:
Post a Comment