KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi FGV Holdings Berhad Tan Sri Mohd Isa
Abdul Samad dan 8 individu lain diarahkan memfailkan penyataan pembelaan
masing-masing dalam saman dikemukakan syarikat itu yang menuntut ganti
rugi RM514 juta berhubung pemerolehan Asia Plantation Ltd (APL) pada
2014.
Peguam Lavinia Kumaraendran, yang mewakili Isa memaklumkan perkara
itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Timbalan
Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli hari ini.
Lavinia berkata semua defendan itu termasuk anak guamnya diarah memfailkan penyataan pembelaan sebelum atau pada 31 Jan ini.
“Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 12 Feb di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar,” kata peguam it
Selain Isa, individu lain yang perlu memfailkan pembelaan adalah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah; bekas pengurus besar kanan Kluster Hiliran, Rasydan Alias Mohamed; bekas ketua pegawai kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha dan 5 bekas pengarah bukan eksekutif FGV iaitu Tan Sri Ismee Ismail; Tan Sri Wan Aziz Wan Abdullah; Tan Sri Sulaiman Mahbob; Datuk Nozirah Bahari dan Datuk Fazlur Rahman Ebrahim.

Lavinia turut memberitahu 9 defendan itu menerima salinan tuntutan
saman pada 19 Dis manakala 5 lagi defendan lain masih belum menerima
tuntutan saman berkenaan.
Mereka ialah bekas naib presiden Pembangunan Perniagaan Kluster
Hiliran, Farisan Mokhtar dan 3 bekas pengarah bukan eksekutif FGV iaitu
Datuk Omar Salim, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Datuk
Yahaya Abd Jabar dan Datuk Faizoull Ahmad.
FGV Holdings Berhad selaku plaintif memfailkan saman pada Nov lepas
berikutan kerugian yang dialami syarikat itu akibat daripada
kegagalansemua defendan melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab
masing-masing serta kesetiaan atau kewajipan untuk melakukan penjagaan,
kemahiran dan ketekunan yang munasabah.
Menurut kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia, saman tersebut
adalah berkenaan dengan pengambilalihan 100% kepentingan ekuiti dalam
APL melalui tawaran tunai bersyarat sukarela pada 2014.
Oleh itu, FGV menuntut RM514 juta untuk kerugian yang timbul daripada
pengambilalihan, atau secara alternatif, ganti rugi atau kehilangan
dari pengambilalihan yang dinilai oleh mahkamah selain menuntut ganti
rugi am, faedah dan kos
FMT
Melayu mengurus syt yg kaya jd miskin kerana . ..Tak amanah
ReplyDeleteJika didapati bsalah, hukum depa dgn seberat2nye & seumur hidup. Cth simen dr pinggang ke bwh dlm tong drum.
ReplyDelete