Pemilik akaun bernama @BiLLRaY_ telah memuat naik rakaman video paras air laut naik mendadak di Pantai Anyer, Banten.Menurut @BiLLRaY_ kejadian berlaku jam 9.15 malam (waktu tempatan).
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Tsuu-nami, air laut Pantai Anyer naik pukul 21.15 WIB,” tulis @BiLLRaY_.
Dalam rakaman itu, jelas kelihatan air laut masuk ke sebuah hitel di Pantai Anyer.
Kejadian itu berlaku di Hotel Grand Elti Krakatau.
Selain itu, terdapat juga penyebaran gambar perahu naik ke daratan dan sebuah kereta berwarna merah terbalik di lokasi terbabit.
Bagaimanapun, video berkenaan telah dipadam tidak lama selepas Agensi
Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) mengumumkan
kejadian di Selat Sunda itu berpunca daripada ombak besar akibat bulan
penuh, sekali gus menyangkal dakwaan berlakunya tsuu-nami.
“BMKG tidak merekodkan kejadian gempa bumi malam tadi. Apa yang
berlaku di Anyer dan kawasan sekitarnya bukan tsuu-nami tetapi ombak
besar.
“Kejadian bulan penuh malam tadi, yang mengakibatkan ombak besar.
Sila bertenang,” mesej yang dimuat naik BMKG di akaun Twitternya pada
malam Sabtu lalu.
Difahamkan, masyarakat di Pantai Anyer dan Lampung Selatan dikejutkan
dengan kenaikan paras air yang mendadak dan menghempas bangunan sekitar
pukul 9.30 malam.
Setakat semalam, angka korban akibat serangan tsuu-nami di Selat
Sunda meningkat kepada sekurang-kurangnya 373 orang dan mencederakan
lebih 1,400 lain di barat Jawa dan selatan Sumatera.
Jurucakap agensi pencegahan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho
berkata, 1,459 mangsa cedera sementara 128 lagi masih hilang susulan
tsuu-nami dicetuskan aktiviti gunung berapi Anak Krakatau. – Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment