
PETALING JAYA: Penceramah pro Pakatan Harapan (PH)
khususnya daripada
Amanah kini dibenarkan menyampaikan
ceramah agama menerusi siaran
televisyen dan radio.
Timbalan Pengarah Biro Dakwah Nasional Amanah, Mohd Fakhrulrazi
Mokhtar berkata, sejak jatuhnya kerajaan Barisan Nasional (BN)
kepimpinan kerajaan baru lebih terbuka dan tiada lagi sekatan dibuat,
termasuklah dari pihak pembangkang untuk berceramah menerusi saluran
televisyen dan radio.
“Kita tengok sekarang ruang untuk menyampaikan dakwah oleh mereka pro
sesebuah parti politik termasuk dari Amanah lebih terbuka. Dulu kita
tidak ada peluang langsung,” katanya kepada FMT.
Fakhrulrazi bagaimanapun berkata, masih ada segelintir agensi media bimbang menjemput penceramah daripada Amanah.
“Keadaan lebih terbuka, walaupun tidak sepenuhnya. Bagaimanapun,
sekatan terus kepada penceramah pro PH dan Amanah tidak ada cuma kita
faham pihak dalaman agensi penyiaran itu sendiri masih teragak-agak nak
jemput kita,”katanya.
Katanya, selain beliau antara pemimpin Amanah yang dibenarkan
berceramah di televisyen dan radio adalah Nik Omar Nik Abdul Aziz dan
Azrul Hakim Mohd Suradi.
Fakhrulrazi berkata, pendakwah pro pembangkang, termasuk Datuk Kazim
Elias, Azhar Idrus, Ahmad Dusuki turut diberi kebenaran berdakwah.
“Kita tidak halang mana-mana pihak yang layak untuk berdakwah, tidak
kira penyokong mana-mana parti, cuma mereka yang masuk tv dan radio ini
kena lebih fokus kepada ilmu, bukan berpolitik.
Mana-mana pihak yang menyalahgunakan ruang yang diberi mungkin akan
dihalang berceramah di tv dan radio bagi mengelak perpecahan,” katanya.
Katanya, pihak-pihak berkaitan perlu faham dakwah adalah memberi penerangan, bukan melakukan serangan.
Sekat pembangkang bukan arahan politik
Mengenai desas-desus penceramah pro parti pembangkang tidak
digalakkan bersiaran, Fakhrulrazi percaya ia tiada kaitan dengan
pimpinan Pakatan Harapan.
Katanya, halangan itu kemungkinan atas kehendak syarikat penyiaran
atau pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan ceramah yang
disampaikan.
“Pada pandangan saya, kalau ada ia mungkin berdasarkan aduan daripada
pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan cara penyampaian yang
lari dari objektif asal dan menjurus kepada politik.
“Pemilihan penceramah dibuat sendiri pihak agensi penyiaran, bukan
parti yang buat, tapi bagi pihak kerajaan kita akan maklum supaya
penceramah tidak langgar peraturan yang ditetapkan, tidak kira daripada
parti mana pun,” katanya.
Fakhrulrazi berkata, meskipun kerajaan tidak menyekat mana-mana
penceramah menyampaikan dakwah di tv dan radio tanpa mengira fahaman
politik, namun penceramah pro PH masih ada yang tidak dibenarkan
berdakwah di masjid, khususnya di Selangor.
“Di tv kita boleh masuk tapi ada sesetengah masjid kami masih tidak
boleh masuk, bukan kerajaan tidak bagi tetapi pihak jawatankuasa
masjid-masjid menghalang wakil pihak kerajaan untuk masuk, khususnya di
Selangor,” katanya
FMT
No comments:
Post a Comment