Gara-gara tidak berpuas hati akibat dimarahi isteri,
dipercayai motif seorang lelaki nekad membunuh seorang lelaki warga
Bangladesh sebelum membuang mayatnya ke dalam Sungai Kinta, Kampung
Gajah, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad
Zainal Abdullah berkata pada hari kejadian, suspek yang berumur 21 tahun
memberitahu isterinya beliau telah keluar makan bersama mangsa yang
juga pekerja di ladang lembu milik keluarganya di Kampar.
Mohamad Zainal berkata bagaimanapun mangsa menafikan perkara itu apabila ditanya oleh isteri suspek.
"Suspek
tidak berpuas hati dengan mangsa kerana menyebabkan dia dimarahi
isterinya dan isu tersebut melarat sehingga suspek nekad membunuh mangsa
sebelum dibuang ke dalam sungai," katanya dalam kenyataan di Parit hari
ini.
Mohamad
Zainal berkata hasil risikan dan siasatan, pihak polis menahan suspek
di rumahnya di Kampar kira-kira 3.15 petang semalam.
“Siasatan
awal mendapati mangsa dibunuh pada petang 15 Dis lalu sebelum dibuang di
sungai tersebut kira-kira 10 kilometer dari ladang mereka bekerja,"
katanya sambil menambah suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan
kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam
kejadian pada 18 Dis lalu, mangsa, MD Ovaidul Khan, 32, ditemui mati
dalam keadaan terapung selepas tersangkut pada pokok di Sungai Kinta
dengan keadaan kaki kanan diikat dengan sebuah motosikal dipercayai
digunakan sebagai pemberat untuk menenggelamkan mayat mangsa.
- Bernama
No comments:
Post a Comment