Monday, March 11, 2019

Ugutan simbah asid ke atas menteri, pembantu lapor polis

Malaysiakini  11/03/2019

  •  
Pembantu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa hari ini  membuat laporan polis berhubung ancaman dalam talian yang dibuat terhadap bosnya itu.
 
Menurut laporan yang dibuat pegawai tugas-tugas khas (PTTK) kepada menteri, Adnan Abd Rahman, ugutan itu dibuat dalam video yang dimuat naik di akaun Facebook bernama "Otai Daulat 812". 

Laporan polisnya mengatakan klip video sepanjang 2 minit dan 39 saat itu memaparkan tiga orang lelaki dan seorang perempuan. 
Klip video itu antara lainnya didakwa mengandungi ancaman serangan asid terhadap Mujahid.

Malaysiakini telah mengunjungi laman Facebook berkenaan dan tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan yang dibuat dalam laporan polis itu.
Adnan menggesa pihak polis menyiasat perkara berkenaan dibawah undang-undang ugutan jenayah.

2 comments:

  1. Esok lusa kita leh baca la yg mamat mulut celupar tu pohon maaf
    Cakap sedap krn tk nk pikio awal-awal akan risikonya. Bila kena sumbat kat dlm penjara, padan muka dia!!

    ReplyDelete
  2. ph terutama menteri agama yg paling byk di fitnah...tak boleh bersifat terbuka sgt...sbb kita dah ada undang undang utk menangani fitnah...lagipun dlm hal tertentu wajib ambil tindakan bersesuaian dgn maqasid syariah....dan rahmatullilalamin...

    ReplyDelete