Saturday, March 12, 2022

PM pakai baju BN 'tinjau' PRN Johor satu kesalahan p'raya - Bersih

 

PRN JOHOR | Kehadiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meninjau proses pengundian berhampiran kawasan pusat mengundi hari ini merupakan satu bentuk kesalahan pilihan raya, dakwa kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Ini selepas Ismail Sabri muncul di luar SK Perumahan Tampoi 2, pusat pengundian bagi kerusi DUN Kempas, dengan memakai baju BN berwarna biru.

"Sempat meninjau kelancaran proses pengundian di Pusat Daerah Mengundi Taman Siantan (SK Perumahan Tampoi 2) DUN Kempas.

"Kepada Datuk Ramlee yang berdepan saingan tujuh penjuru di Kempas, saya doakan semoga kemenangan berpihak kepada kita," kata Ismail Sabri melalui hantaran di Facebook bersama gambarnya di tempat itu.

Di Kempas, calon BN Ramlee Bohani berdepan calon Pejuang Nornekman Osman, Nur Faizal Abdullah daripada Perikatan Nasional, Napsiah Khamis daripada pKR dan calon bebas Azwan Abd Rahman dan Hambali Munadi.

Penyelaras pemantau pilihan raya Bersih Ashraf Sharafi berkata aktivis parti tidak dibenarkan membawa bahan kempen dalam jarak 50 meter dari pusat mengundi.

Selain itu, katanya kempen juga tidak dibenarkan di mana-mana kawasan pilihan raya pada hari pengundian.

"Sesiapapun yang berkempen pada hari pengundian, termasuk perdana menteri telah melakukan kesalahan pilihan raya," katanya.

Ashraf memetik Seksyen 26(1)(f) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menyatakan: "Bagi pihak mana-mana calon, merayu undi pemilih di dalam mana-mana bahagian pilihan raya bagi menyokong atau menentang mana-mana calon atau parti politik dalam sesuatu pilihan raya dengan apa-apa cara jua termasuk melawat pemilih di rumah atau di tempat kerja mereka atau menemu ramah orang ramai."

"Semangat undang-undang pada hari pengundian tidak boleh berkempen," kata Ashraf.

Dia juga mengambil maklum beberapa juru kempen terus menyiarkan bahan di media sosial pada hari pengundian, yang diakui Ashraf sebagai tiada peraturan jelas yang menangani hal tersebut.

1 comment:

  1. BAGAIMANA SAYA MENDAPAT PINJAMAN UNTUK PERNIAGAAN SAYA OLEH MARY KENT

    Hai semua, saya melihat ulasan daripada orang yang telah mendapat pinjaman daripada firma Pinjaman Steve Wilson. Secara jujur, saya fikir ia adalah satu penipuan, dan kemudian saya memutuskan untuk membuat permintaan berdasarkan cadangan mereka. Beberapa hari lalu, saya mengesahkan dalam akaun bank peribadi saya berjumlah $880,000, yang saya minta untuk perniagaan. Ini benar-benar berita baik dan saya sangat gembira kerana saya menasihati semua mereka yang memerlukan pinjaman sebenar dan yang pasti akan membayar balik untuk memohon melalui e-mel mereka: stevewilsonloanfirm@gmail.com, Mereka adalah pemberi pinjaman yang sah!
    Mereka mampu meminjamkan anda pinjaman.
    Hubungi Encik Steve Wilson.
    E-mel: stevewilsonloanfirm@gmail.com
    laman web: https://stevewilsonfinancialloanfirm.weebly.com

    ReplyDelete