Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima kenyataan pertama
pembelaan Deepak Jaikishian dalam saman yang difailkan oleh A Santamil
Selvi, balu P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan wanita Mongolia,
Altantuya Shaariibuu.
Kenyataan pembelaan tersebut diberikan kepada peguam Americk Sidhu pada 25 Okt tahun lalu.
Deepak menerusi peguam barunya Vinod Kamalamathan hari ini bersetuju
dengan permintaan Santamil Selvi agar pembelaan pertamanya diterima dan
kenyataan pembelaan kedua yang difailkan oleh peguam kanan Datuk
Muhammad Shafee Abdullah pada 7 Nov tahun lepas ditolak.
Hakim Hue Siew Kheng juga memutuskan bahawa Shafee tidak mempunyai kuasa untuk mewakili Deepak sebelum ini.
Hakim Hue membuat keputusan dalam kamar setelah bertemu semua pihak.
Peguam Santamil Selvi, Americk Sidhu, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas bertemu hakim di kamarnya.
Deepak, ketika ditemui selepas itu oleh Malaysiakini, berkata ini menunjukkan bahawa beliau sebelum ini dipaksa melantik Shafee.
Beliau juga berkata pembelaan pertama yang diberikannya kepada
Americk adalah konsisten dengan kenyataan dalam sidang akhbar yang telah
diberikannya lebih awal.
Malaysiakini
bau busuk semakin semerbak???
ReplyDelete