Tuesday, June 5, 2018

Mahkamah terima kenyataan pembelaan pertama Deepak

 
   
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima kenyataan pertama pembelaan Deepak Jaikishian dalam saman yang difailkan oleh A Santamil Selvi, balu P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kenyataan pembelaan tersebut diberikan kepada peguam Americk Sidhu pada 25 Okt tahun lalu.

Deepak menerusi peguam barunya Vinod Kamalamathan hari ini bersetuju dengan permintaan Santamil Selvi agar pembelaan pertamanya diterima dan kenyataan pembelaan kedua yang difailkan oleh peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 7 Nov tahun lepas ditolak.

Hakim Hue Siew Kheng juga memutuskan bahawa Shafee tidak mempunyai kuasa untuk mewakili Deepak sebelum ini.

Hakim Hue membuat keputusan dalam kamar setelah bertemu semua pihak.
Peguam Santamil Selvi, Americk Sidhu, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas bertemu hakim di kamarnya.

Deepak, ketika ditemui selepas itu oleh Malaysiakini, berkata ini menunjukkan bahawa beliau sebelum ini dipaksa melantik Shafee.
Beliau juga berkata pembelaan pertama yang diberikannya kepada Americk adalah konsisten dengan kenyataan dalam sidang akhbar yang telah diberikannya lebih awal.
Malaysiakini

1 comment: