Menteri
Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pernah menggesa
bekas timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa meninggalkan PAS.
"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu," tulis mursyidul am PAS itu dalam facebook ketika mengulas laporan Bernama mengenainya semalam.
"Soal keluar parti bergantung kepada individu
itu sendiri atau keputusan PAS pusat. Apa yang saya nyatakan hanyalah
saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar
dari parti," katanya.
Laporan Bernama semalam memetik Nik Abdul Aziz memberitahu agensi berita berkenaan bahawa adalah lebih baik bagi Nasharudin (kiri) meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.
"Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin Umno di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen. Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya...," tulis Nik Aziz lagi
Laporan Bernama semalam juga
memetik Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak hairan jika
Nasharudin daripada parti itu setelah dilihat bersama Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah kelmarin.
Laporan itu memetik Nik Abdul Aziz sebagai berkata: "Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian."
Semalam akhbar memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu," tulis mursyidul am PAS itu dalam facebook ketika mengulas laporan Bernama mengenainya semalam.
Laporan Bernama semalam memetik Nik Abdul Aziz memberitahu agensi berita berkenaan bahawa adalah lebih baik bagi Nasharudin (kiri) meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.
"Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin Umno di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen. Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya...," tulis Nik Aziz lagi
Laporan itu memetik Nik Abdul Aziz sebagai berkata: "Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian."
Semalam akhbar memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
No comments:
Post a Comment