Hishammuddin menerima kritikan hebat dalam mengendalikan krisis
tersebut khususnya daripada media luar, bagaimanapun pemangku menteri
pengangkutan itu mendapat banyak sokongan ramai.
“Jika semua media luar negara terus menyerang beliau, rakyat Malaysia
pasti akan berada di belakangnya sebagai tindak balas," kata Oh Ei Sun,
bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada
2009, lapor SCMP.
Kebanyakan wartawan turut memuji Hishammuddin apabila berkata, hanya
Najib saja maju melakukannya sebagaimana yang dibuat Hishammuddin
sekarang.
"Jika anda bertemu dengan mana-mana menteri kami yang lain, awak sudah
tentu tahu kenapa. Hanya Najib seorang saja mampu membuat sama baik
dengan beliau, tetapi bukannya lebih baik," kata seorang wartawan
tempatan yang membuat liputan sidang media harian Hishammuddin kepada
SCMP.
Bukan saja wartawan tempatan, pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Tan juga menyokong pandangan ini, lapor SCMP.
"Kerajaan di sini tidak bagus dan selalu banyak rasuah. Tetapi
Hishammuddin tidak rasuah dan dia tidak memalukan Malaysia melalui
televissyen. Dia buat yang terbaik dia boleh, saya boleh lihat itu,"
kata Tan sebagaimana dilaporkan SCMP.
Kepemimpinan Hishammuddin lebih terserlah kali ini, berbeza ketika mengendalikan pencerobohan Sulu di Lahad Datu pada 2013.
"Beliau kurang baik dan ramai yang mengkritiknya," kata Sivamurugan
Pandian, penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia dipetik
dalam SCMP.
"Sekarang beliau sangat berbeza dan benar, kebanyakan rakyat Malaysia merasakan beliau menjalankan tugas dengan baik,” katanya.
Hishammuddin dalam pemilihan Umno tahun lalu berjaya mengekalkan
jawatan naib presiden dengan 101 undi, bagaimanapun beliau ditentang
sengit anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat yang juga
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pengkritik juga meramalkan Hishammuddin sebagai bakal perdana menteri,
serta meneruskan legasi keluarga Razak dalam pemerintahan negara. – 30
Mac, 2014. TMI
No comments:
Post a Comment