Dalam istilah bahasa Cina, keranda bermakna kemakmuran dari segi kewangan sekaligus menunjukkan BN merestui perjuangannya.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyambut baik
tindakan bekas pembantunya, Tony Tan yang membawa keranda ke ibu
pejabatnya.
Menurutnya, dalam istilah bahasa Cina, keranda bermakna kemakmuran
dari segi kewangan sekaligus menunjukkan Barisan Nasional merestui
perjuangannya.
“Dalam bahasa Cina, keranda bermakna ‘mempromosikan kepada peringkat
yang lebih tinggi dan juga kemakmuran dari segi kewangan’. Jadi, saya
menganggap tindakan (Tony) itu sebagai Barisan Nasional (BN) merestui
saya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.
Jelas Teresa lagi, beliau percaya tindakan Tony dan kumpulannya itu
telah direstui oleh musuh politiknya yang dari semasa ke semasa
tujuannya hanyalah untuk mengganggu.
“Saya yakin bahawa Tony Tan dan kumpulannya telah mendapat restu dari
musuh politik saya. Tujuan utama mereka adalah untuk mengganggu saya
dan pemimpin-pemimpin DAP lain dari semasa ke semasa. Ini menunjukkan BN
semakin terdesak,” katanya.
Bagaimanapun, pemimpin DAP itu melahirkan kekesalan apabila pihak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) langsung tidak mengambil tindakan walaupun
laporan polis telah dilakukan.
“Saya kecewa polis tidak mengambil tindakan terhadap pesalah walaupun
laporan polis telah dibuat sejak semalam. Adakah polis akan berdiam
diri jika mereka melakukannya di luar pejabat ahli Parlimen BN?”
ujarnya.
Bagaimanapun, Teresa tidak menjelaskan status wang derma berjumlah RM300,000 yang didermakan kepada DAP Seputeh pada 2013.
Sebelum ini, Tony mendakwa Teresa bertindak kejam dengan memeras ugut
dan mengenakan tindakan saman terhadap ahli-ahli yang mempersoalkan
status wang tersebut.
Tony juga turut bertindak membawa keranda sebagai peringatan kepada
Teresa yang sering memeras ugut ahli-ahlinya selain menyalakan lilin
bagi menyeru semangat ahli DAP yang meninggal tetapi terus dianiaya oleh
Teresa.
FMT
No comments:
Post a Comment