2 Januari 2016
SARASOTA – Seorang ayah di Florida, Amerika
Syarikat (AS) didakwa melakukan pembunuhan setelah dipercayai menduduki
anaknya yang baru berusia enam tahun, hingga anak tersebut mati pada
malam Natal.
Berdasarkan penjelasan pasukan penyiasat, saudara dari kanak-kanak tersebut yang
baru berusia tujuh tahun mengatakan, “Ketika ayah menekannya, ia tidak
lama kemudian meninggal,” sebagaimana dilansir dari Independent, Sabtu (2/1/2016).
Dilaporkan, James Dearman (31) (pelaku) dan kekasihnya Ashley Cole
mengatakan kepada penyiasat bahawa mereka berdua menyuruh kedua anak James
untuk tidur pada pukul 19.30. Namun James marah ketika anaknya yang
paling kecil menolak untuk tidur.
Ashley mengatakan bahawa James langsung menyuruh kedua anaknya untuk
menghadap ke dinding, namun James menyedari anak paling bontotnya yang
baru berusia enam tahun tetap menonton James dan Ashley bermain video games.
Terungkap, bahawa pada saat itu keduanya menyuruh kedua anak James
untuk tidur cepat, agar tidak mengganggu James dan kekasihnya bermain games.
Kerana kesal anaknya tidak menurut, James lalu menduduki anaknya agar
anaknya tidak lagi memandangi James dan Ashley. Penyiasat mengatakan
bahawa James terus bermain games dan tidak mengindahkan teriakan puteranya
tersebut.
Ketika pasangan tersebut sedar kanak-kanak tersebut tampak tidak bernafas,
James langsung menghubungi 911. Pada pukul 22.10, pasukan perubatan datang dan
melarikan anak tersebut ke rumah sakit, dimana ia dinyatakan telah meninggal
Tidak lama kemudian Polis Florida menangkap James dan saat ini ia telah mendekam di Penjara Wilayah Sarasota, Florida.
Okezone.com
No comments:
Post a Comment