Festival yang akan diadakan selama enam hari bermula 6
hingga 10 Januari ini diadakan di dalam KLSCAH jadi ia tidak perlukan
sebarang notis.
PETALING JAYA: Peganjur Festival Yellow Mania, Bersih 2.0 tidak perlu
memohon sebarang notis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah
berkata, ini memandangkan festival yang akan diadakan selama enam hari
bermula 6 hingga 10 Januari ini diadakan di dalam Dewan Perniagaan
Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).
“Terdapat pertanyaan jikalau mereka perlu mendapat permit polis.
Untuk makluman semua menurut APA 2012, kita tidak memanggilnya permit
tetapi perkataan yang betul adalah notis.
“Dan dalam konteks ini, oleh kerana festival tersebut akan diadakan
di dalam premis Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur, maka tiada keperluan
untuk mengedarkan notis kepada Ketua Polis Daerah dibawah APA 2012,”
katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Walau bagaimanapun, Zainol menasihatkan agar Bersih 2.0 memaklumkan
mengenai festival itu bagi membolehkan pihak polis mengatur penugasan
kawalan lalulintas dan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan.
“Perkara yang dinyatakan di atas hanya merujuk kepada tindakan oleh
pihak polis sahaja dan tidak mewakili lain-lain agensi,” katanya.
Semalam Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor dilaporkan berkata bahawa Bersih 2.0 perlu memohon permit untuk
mengadakan Festival Yellow Mania.
FMT
No comments:
Post a Comment