Malaysiakini 3/1/16
Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya sultan Melaka, kini
disiasat bawah Akta Hasutan, kata ketua polis negeri itu Datuk Chuah
Ghee Lye.
“Ada laporan polis dibuat oleh Pejabat Ketua Menteri
Melaka, kami buka siasatan dan dia kini disiasat di bawah Akta Hasutan
kerana dakwanya dia sebagai sultan Melaka,” katanya.
Bercakap kepada Malaysiakini, Chuah berkata, ini merupakan siasatan kedua yang terhadap Noor Jan.
Sebelum
ini, kata Chua, Noor Jan disiasat atas dakwaan memalsukan surat
daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang mendakwa dia diiktiraf
sebagai sultan.
“Kita lihatlah, kalau ada elemen yang sama, kita satukan sahajalah (kedua-dua kes),” kata Chuah.
Isu
Noor Jan kembali hangat setelah gambar dia mengadakan majlis
mengurniakan darjah kebesaran kepada beberapa individu dan aktivis
menjadi viral di dalam sosial media.
Antara yang menerima 'anugerah' tersebut ialah aktivis "raja repot", Abdul Rani Kulup Abdullah (gambar).
Kerajaan Melaka sejak awal lagi menafikan beliau pewaris takhta kesultanan negeri.
Terdahulu
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dilaporkan berkata orang
seperti Noor Jan adalah orang gila atau hidup dalam alamnya sendiri.
Noor
Jan sebelum ini pernah ditahan polis bagi membantu siasatan bawah akta
sama, selepas mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan
darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
Noor Jan berasal dari
Kampung Teluk Perang, Perak juga pernah ditahan ketika dalam perjalanan
ke Pulau Besar, Melaka dipercayai menghadiri majlis kesyukuran kewujudan
kembali "kesultanan Melayu Melaka".
No comments:
Post a Comment