Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Suasana sesi perbahasan perjanjian Perkongsian
Trans-Pasifik (TPP) pagi ini kecoh apabila ahli-ahli Parlimen mencelah
ketika Ahli Parlimen (DAP-Serdang), Ong Kian Ming sedang berbahas di
Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Parit Sulong-BN, Datuk Noraini Ahmad diberi laluan
mencelah dan beliau mengatakan Kian Ming sebenarnya bersetuju dengan TPP
namun mahu ia ditambah baik.
"Saya nak ucapkan tahniah kepada YB Serdang atas hujah dan cadangan
jawatankuasa tersebut di mana saya rasa ia elok dan saya juga bersetuju.
"Jadi, secara tak langsung semua (hujah) dan celah-mencelah terutama
daripada Shah Alam (Khalid Samad), menunjukkan bahawa YB Serdang
sebenarnya setuju dengan TPP ini cuma nak menambah baik sahaja,"
katanya.
Namun, Kian Ming segera menegaskan bahawa beliau akan menolak TPP
semasa pengundian dan ia disambut dengan tepukan pada meja oleh
ahli-ahli Parlimen pembangkang.
"Apa yang saya hujahkan ialah saya berdepan dengan realiti. Ia memang
akan dilaksanakan. Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya beri cadangan
agar proses ini boleh diperbaiki," katanya.
Khalid Samad kemudiannya pantas mencelah dan mendakwa ahli-ahli Parlimen BN telah mendapat arahan parti untuk menyokong TPP.
"Kita dah tahu dah, kamu semua akan sokong (TPP)," katanya yang mengundang kekecohan sekali lagi.
Noraini juga mendakwa Khalid Samad telah mendapat arahan untuk menolak TPP daripada parti.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
kemudiannya menenangkan keadaan dan meminta Ong Kiang Ming menyelesaikan
hujahnya.
Walaupun kesemua 101% ahli dewan dari PAS undi bantah TPPA, itu semua adalah persepsi nak tunjuk bahawa PAS budak baik pembangkang, walhal sebenarnya Tuang Presideng PASlah bersama menantu bapak Din Chicken dan kuncu kuncu puak tuang presideng diPRU13 buat kecoh jadi lawan 3 penjuru sebagai langkah mensabotaj kemenangan Pakatan Rakyat.Andainya Tuang Presideng Pas tidak bertindak mensabotaj, rakyat 1001% yakin Pakatan Rakyat menang.Kami rakyat begitu kecewa dengan langkah Team(puak) Tuang Presideng Pas punya idaman untuk Unity Government kepala tahi kucing.TPPA takkan menunjuk bayan jika andaian kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat jika tak disabotaj Puan Tuang Presideng Pas pencinta Unity Government.
ReplyDelete