Sejumlah 127 ahli Parlimen mengundi agar Malaysia menandatangani perjanjian tersebut, manakala 84 menolak.
KUALA LUMPUR: Malaysia kini tinggal selangkah sahaja lagi untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Ia selepas pengumuman Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin
Mulia sebentar tadi bahawa majoriti ahli Parlimen menyokong perjanjian
tersebut, selepas debat sepanjang dua hari.
Sejumlah 127 ahli Parlimen mengundi agar Malaysia menandatangani
perjanjian tersebut, manakala 84 menolak. Adalah difahamkan bahawa 11
wakil rakyat tidak melibatkan diri dalam pengundian ini.
“Maka dengan yang demikian, usul Yang Berhormat Menteri (Perdagangan
Antarabangsa dan Industri) adalah dipersetujui,” umum Speaker Tan Sri
Pandikar Amin Mulia, seusai pengundian yang bermula jam 7.10 malam.
Hakikatnya Dewan Rakyat dijangka meluluskan usul tersebut di sebalik
debat hangat dan perhimpunan aman menentangnya. Ini kerana ahli Parlimen
BN lebih ramai berbanding ahli Parlimen pembangkang.
Undi sebulat suara pembangkang menolak TPPA hari ini juga menyangkal
tuduhan Abdul Hadi bahawa DAP menyokong perjanjian tersebut kerana
ekonomi didominasi peniaga Cina.
Sebelum itu, ahli Parlimen dari kedua-dua pihak membahaskan kebaikan dan keburukan TPPA.
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal menggesa kerajaan agar
meneliti perjanjian itu secara terperinci, manakala Ahli Parlimen
Serdang Ong Kian Ming dari DAP mencadangkan agar kerajaan menubuhkan
jawatankuasa khas Parlimen untuk memantau pelaksanaannya nanti.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dari PKR pula
menyifatkan Amerika Syarikat terkenal sebagai negara yang suka
memfailkan saman.
Maka beliau mengingatkan yang negara berisiko disaman syarikat dari
negara itu, selain mengeruhkan hubungan dengan China, jika meneruskan
niat menyertai TPPA.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam menafikan dakwaan TPPA
akan meningkatkan harga ubat-ubatan, sementara Menteri Undang-undang
Nancy Shukri menggesa semua ahli Parlimen tidak menganggap kerajaan cuba
menjual negara kepada Amerika Syarikat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa
Mohamed yang membentangkan usul itu berkata, Malaysia bakal kehilangan
pelabur jika tidak menyertai perjanjian itu.
TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas dan sebahagian daripada
Perkongsian Strategik Ekonomik Trans-Pasifik yang melibatkan Amerika
Syarikat, Malaysia dan sepuluh negara lain.
Malaysiakini
Ini semua salah Tuang Presideng Pas dan kroninya yang cenderung pada Unity Government yang sedari PRU13 telah mensabotaj kemenangan Pakatan Rakyat.Diwaktu kritikal PRU13Tuang Presideng mengeluarkan kata kata yang membuatkan pengundi atas pagar beralih arah (kerana mulut sengaja celupar sebut perkataan yang sepatutnya tidak disebut "jebon, barua, anjing " dan buat ladi lawan 3 penjuru ). Andainya Tuang presideng tak buat hal, Pakatan Rakyat boleh menang 1001%. Hari ni semua wakil dewan dari pas bantah undian TPPA - konon nak tunjuk persepsi baik bahawa pas memang membangkang, perbuatan mung lain dihati mung lain -cinta pada Unity Government.Kan ku kenang hal ini kerana parut tak hilang.
ReplyDeleteJika perjanjian ini memberi kesan buruk kepada negara dan rakyat, kita ramai-ramai pakat ludah dan bubuh penerajang kepada MP MP yang menyokong usul tersebut...tendang kat buah pelir!
ReplyDelete